Sebuah Legasi Ketulenan

Tentang Kami

Di sebalik setiap botol Princely tersimpan sebuah kisah tentang keluarga, kepercayaan dan pengalaman lebih daripada satu generasi dalam industri sarang burung walet.

Daripada sebuah rumah swiftlet sehingga membina operasi yang merangkumi tiga negara, kami kekal berpegang pada satu prinsip — menghasilkan produk yang tulen, berkualiti dan boleh dipercayai untuk setiap keluarga Malaysia.

sejarah kami

Dari Satu Rumah Swiftlet ke
Empayar Sarang Burung

Perjalanan kami bermula dengan satu visi seorang bapa iatu untuk menghasilkan sarang burung walet yang benar-benar tulen dan semula jadi. Dari satu rumah swiftlet yang diuruskan dengan penuh kasih sayang, perniagaan keluarga kami berkembang menjadi operasi bersepadu yang kini merangkumi tiga negara.

Kini, sebagai generasi kedua, kami meneruskan legasi ini dengan menghasilkan produk baru yang bermutu melalui jenama Princely. Ia khusus direka untuk masyarakat Malaysia yang kami sayangi.
founder-01
Generasi Pertama
Pengasas, ayah kami, memulakan perniagaan sarang burung walet dengan penuh semangat dan dedikasi. Beliau membina asas yang kukuh dalam penternakan dan pembersihan sarang burung.
expansion-01
Kami Kian Berkembang
Perniagaan berkembang merangkumi Malaysia, Vietnam dan Kemboja dengan lebih 80 rumah swiftlet dan 5 kilang pembersihan milik sendiri.
2nd generation-01
Generasi 2
Anak-anak meneruskan warisan dengan menubuhkan kilang pengeluaran di Telok Panglima Garang, Selangor dan melengkapkan rangkaian dari ladang ke meja makan.
princely brand
Princely
Lahirnya jenama Princely, sarang burung walet pekat perisa kurma, khas untuk pasaran Malaysia tanah air kami.
Rumah Swiftlet
0 +
Kilang Pembersihan
0
Pengawet & Bahan Kimia
0 %

Misi & Visi

Kami Percaya Semua Orang Layak Mendapat Produk Sarang Burung yang Terbaik

Kami sedar bahawa sarang burung walet masih kurang dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu Malaysia. Ianya mungkin kerana imej yang kurang mesra atau produk pasaran yang mengandungi terlalu banyak gula dan tidak menyihatkan.

Princely lahir daripada tekad untuk mengubah persepsi ini. Kami ingin membolehkan setiap keluarga Melayu di Malaysia menikmati kebaikan sarang burung walet yang tulen, lazat dan harga yang berpatutan, tanpa sebarang kompromi pada kualiti.

Komitmen Kami